Monday, March 21, 2011

Budak Merajuk

Budak Kecik ni dah pandai merajuk sekarang. Tak bleh salah skit, mula nak merajuk. Weekend lepas, dia bangun awal.. then sibuk nak pi mandi.Lepas mandi, dia sibuk ajak kami balik umah wan dia. Hishhh.. anak oii.. manaleh nak balik kg tiap2 minggu. Ingat umi xde keja ke syg? Bila xde org nak melayan dia, dia start la nak wat perangai.. lepas pakai pampers, (baju dia pakai sendiri) terus dia masuk dalam almari. Duduk dalam tu konon2 wat tunjuk perasaan sebab xde org nak bawak dia lik kg.. hmmm.. budak2 zaman skrg..







Untuk mengubat hati dia yang berduka lara sangat2 tu, petang lepas lunch, aku dgn jai bawak dia p jalan2 kat tesco, pastu tapau kek kat secret recipe. pas makan, terus dia tido kat dalam keta. Sebab x bawak dia lik kg aritu, ahad tu aku kena p Ipoh, ada course kat sana. Tak padan rasanya nak balik kg kalau 1 hari walaupun kg aku tu dekat ja..

Thursday, March 10, 2011

Langkawi - Part I

Salam. Huh.. mood malas melanda lagi sebab tu selang 2-3 hari baru rasa nak updet blog. Malam ni just nak share pic my small family bercuti ke Langkawi baru2 ni. Percutian yang dirancang sekian lama akhirnya termakbul gak. Lama x lama sangat la kot sebab plan nak pegi time birthday Haziq aritu. Disebabkan adik aku memilih tarikh yang sama untuk majlis bertandang.. so, tertangguh percutian kami nih. Bertolak hari sabtu dalam kul 9.00 a.m ke Jeti Kuala Kedah. Time sampai tu ingatkan ada tiket, so bleh naik ferry terus.. alih2 tiket abih. So, terpaksa tunggu ferry kul 11.45.

Dalam ferry, budak kecik memang xde wat hal macam dulu. Nak kesana nak kesini. Now dah besar, dia duduk diam2 je kat seat dia. Aku.. tidoo.. hahaha

Sampai Langkawi dah x ingat dah kul brape, terus gi amik kunci kereta yang kitaorang nak sewa tu dekat kaunter, pastu terus ke Langkapuri Inn, Cenang Beach. On The way nak gi check-in tu, sempat singgah beli lunch then terus gi check-in. Our room memang mengadap laut. Best!

1st day, kitaorang x kemana. Just lepak dalam bilik. Petang tu, baru kuar bawak Haziq mandi laut. Aku x mandi pun. Haziq mandi dengan Walid dia ja. Malam, kuar cari makan, balik bilik, tidooo.

2nd day, pepagi lagi dah bangun. Bawa Haziq mandi laut lagi. Kali ni mandi kejap je sebab kitaorng nak gi jalan2. Jalan2 mana? tunggu next entry k.. hehe

Budak Kecik dok main pasir.. baju same colour dengan pelampung

Diaorang wat ape ntah time ni

Walid & Haziq


View from our room - 101


Dalam keta menuju ke destinasi

Nanti sambung lagi k.. bye2

Tuesday, March 8, 2011

MAKANs

Blog ni harus ada entry makan².. hehe. Salam tghari to all readers. Aku dah tak ingat bila aku masak lauk² ni yang penting sume ni dimasak untuk dinner. Mango tu kak nana bawak dari kg.. Malam tu gak aku buat kerabu. Simple² jer lauknya...

Simple Mango Kerabu



Sweet Sour Prawn


Udang tu Jai beli kat Kuala Muda. Memang murah gila. Udang laut, besar². Manis je isinya. Selain udang, ada ketam dgn ikan. Ketam tu dah selamat masak Chili Crab. Nanti aku share recipe. Ada balance lagi 8 ekor, taktau gi nak masak apa.


* Tak perlu recipe kot untuk entry ni sebab sume orang tau masak sweet sour dan buat kerabu.. haha

Thursday, March 3, 2011

PERANGAI TAK ELOK..

Nak muntah dengan perangai tak elok sorang manusia ni. Hishhhhh.. entah la apsal dia camtu. Mak aku cukup marah kalau kami adik-beradik mengata kat orang tapi ape aku kesah kan? aku nak kata gak..

Wahai sorang hamba Allah yang aku sendiri geli nak sebut nama hang kat sini.. PERANGAI HANG MEMANG TAK ELOK!! Bajet bagus, selalu buat-buat sibuk hal orang lain a.k.a BUSYBODY dan macam² lagi.

Aku tau, Allah benci hambaNya yang memutuskan silaturrahim dan membenci sesama manusia tapi hati dan perasaan ni takleh nak tipu² dah. Kalau ditakdirkan aku membeci kamu wahai perempuan, ingatlah.. itu cuma seketika sebab aku ni pemaaf.. tetapi...dalam kes² tertentu ja, kalau kes berat.. aku takkan maafkan selagi hati aku tak REDHA

Setakat ni ada 2-3 orang yang hati aku belum REDHA seikhlas-ikhlasnya untuk maafkan segala perbuatan diaorang kat aku. SEBABnya... Jenis manusia yang takde keja macam diaorang ni, akan sentiasa mencari kekurangan orang lain..

Hanya ALLAH S.W.T yang tau segalanya...