Friday, October 14, 2011

CHOCOLATE MOIST CAKE... AGAIN~

Takkan pernah jemu dengan chocolate cake.Series. Kek ni pun saya buat lama dah. Bukan untuk perut sendiri yer. Buat ni waktu cousin bertunang 2 bulan lepas. Saja buat untuk makan-makan. Terhangat di pasaran. Resipi amik kat umah Kak Hana Jepon. Malas nak copy paste. Sesapa nak leh pergi kat umah Kak Hana yer.

Owhhhh...



Deco simple-simple jer..



Choc Cake memang sedap. Memang tak jemu untuk dihidang tak kira masa. Pada pendapat saya, resipi choc cake, pada asas bahannya, sama jer... yang buat kek tu nampak sedap dan bertambah sedap untuk dijamah adalah topping ganace dan hiasan yang penuh coklat tu.. Owhhhhh nikmat

* Dalam esbox ada cream cheese & blueberry filling... Baking lagi nampaknya weekend ni.. Hiks Hiks*




Thursday, October 13, 2011

KANGKUNG GORENG BELACAN

Sedap! walaupun simple, rasa tetap A+. Dah tak ingat bila masak kangkung ni, bahan-bahan cukup simple.. cili merah, cili padi, bawang merah dan belacan yang ditumbuk kasar. Bezanya saya letak isi ayam sebagai pengganti udang atau sotong.

Tak payah resipi kot sebab semua orang tau masak lauk ni.. hehe.



Yummeh..

Monday, May 16, 2011

Chocolate Moist Cake

Selamat Petang semua. Saya bercuti harini, sebab tu ada masa untuk update blog yang selalu saya tinggalkan ni.. hehehe. Cake ni saya buat sempena makan2 dekat office aritu. Alhamdullillahh.. licinn!



Hasil ... saya tak pandai sangat nak deco cake macam orang lain. Setakat curah ganache, letak fruits, letak choc.. pandailahhh.. hahaha


Nampaknya.. ini saja untuk hari ni. Nanti saya update lagi. Bye2

Thursday, May 5, 2011

SHARE RECIPE - Chili Crab

Fuhhh.. dah bersawang rupanya..hehehe. Tak pernah lupa pun dekat blog ni, cuma x banyak masa nak update. Maaflah kepada kawan2 yang sudi singgah, tapi asyik baca cerita yang sama jer :). Ok.. malam ni just nak share recipe ketam bercili. Dah lama pun masak ketam ni. Selamat menjamu mata..






Bahan-Bahan:-

6 ekor ketam - potong 2, cuci, gaul dgn corn flour dan garam skit. Goreng separuh masak
2 biji telur
4 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Method:-
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau dan masukkan cili kisar.
tambah sedikit air, biar kejap sampai agak kering.
masuk semua sos yang ada. kalau suka kering, x yah tambah air.
masuk perasa (kalau xnak pun xpe sebab sos tu dah cukup rasa) dan ketam. gaul kejap then masukkan telur. biar telur tu masak sket baru kacau supaya telur tu berketul2 dan tak terlalu hancur.
bila telur masak dan semua bahan dah sebati, tutup api dan siap untuk dihidang.

Monday, March 21, 2011

Budak Merajuk

Budak Kecik ni dah pandai merajuk sekarang. Tak bleh salah skit, mula nak merajuk. Weekend lepas, dia bangun awal.. then sibuk nak pi mandi.Lepas mandi, dia sibuk ajak kami balik umah wan dia. Hishhh.. anak oii.. manaleh nak balik kg tiap2 minggu. Ingat umi xde keja ke syg? Bila xde org nak melayan dia, dia start la nak wat perangai.. lepas pakai pampers, (baju dia pakai sendiri) terus dia masuk dalam almari. Duduk dalam tu konon2 wat tunjuk perasaan sebab xde org nak bawak dia lik kg.. hmmm.. budak2 zaman skrg..







Untuk mengubat hati dia yang berduka lara sangat2 tu, petang lepas lunch, aku dgn jai bawak dia p jalan2 kat tesco, pastu tapau kek kat secret recipe. pas makan, terus dia tido kat dalam keta. Sebab x bawak dia lik kg aritu, ahad tu aku kena p Ipoh, ada course kat sana. Tak padan rasanya nak balik kg kalau 1 hari walaupun kg aku tu dekat ja..

Thursday, March 10, 2011

Langkawi - Part I

Salam. Huh.. mood malas melanda lagi sebab tu selang 2-3 hari baru rasa nak updet blog. Malam ni just nak share pic my small family bercuti ke Langkawi baru2 ni. Percutian yang dirancang sekian lama akhirnya termakbul gak. Lama x lama sangat la kot sebab plan nak pegi time birthday Haziq aritu. Disebabkan adik aku memilih tarikh yang sama untuk majlis bertandang.. so, tertangguh percutian kami nih. Bertolak hari sabtu dalam kul 9.00 a.m ke Jeti Kuala Kedah. Time sampai tu ingatkan ada tiket, so bleh naik ferry terus.. alih2 tiket abih. So, terpaksa tunggu ferry kul 11.45.

Dalam ferry, budak kecik memang xde wat hal macam dulu. Nak kesana nak kesini. Now dah besar, dia duduk diam2 je kat seat dia. Aku.. tidoo.. hahaha

Sampai Langkawi dah x ingat dah kul brape, terus gi amik kunci kereta yang kitaorang nak sewa tu dekat kaunter, pastu terus ke Langkapuri Inn, Cenang Beach. On The way nak gi check-in tu, sempat singgah beli lunch then terus gi check-in. Our room memang mengadap laut. Best!

1st day, kitaorang x kemana. Just lepak dalam bilik. Petang tu, baru kuar bawak Haziq mandi laut. Aku x mandi pun. Haziq mandi dengan Walid dia ja. Malam, kuar cari makan, balik bilik, tidooo.

2nd day, pepagi lagi dah bangun. Bawa Haziq mandi laut lagi. Kali ni mandi kejap je sebab kitaorng nak gi jalan2. Jalan2 mana? tunggu next entry k.. hehe

Budak Kecik dok main pasir.. baju same colour dengan pelampung

Diaorang wat ape ntah time ni

Walid & Haziq


View from our room - 101


Dalam keta menuju ke destinasi

Nanti sambung lagi k.. bye2

Tuesday, March 8, 2011

MAKANs

Blog ni harus ada entry makan².. hehe. Salam tghari to all readers. Aku dah tak ingat bila aku masak lauk² ni yang penting sume ni dimasak untuk dinner. Mango tu kak nana bawak dari kg.. Malam tu gak aku buat kerabu. Simple² jer lauknya...

Simple Mango Kerabu



Sweet Sour Prawn


Udang tu Jai beli kat Kuala Muda. Memang murah gila. Udang laut, besar². Manis je isinya. Selain udang, ada ketam dgn ikan. Ketam tu dah selamat masak Chili Crab. Nanti aku share recipe. Ada balance lagi 8 ekor, taktau gi nak masak apa.


* Tak perlu recipe kot untuk entry ni sebab sume orang tau masak sweet sour dan buat kerabu.. haha

Thursday, March 3, 2011

PERANGAI TAK ELOK..

Nak muntah dengan perangai tak elok sorang manusia ni. Hishhhhh.. entah la apsal dia camtu. Mak aku cukup marah kalau kami adik-beradik mengata kat orang tapi ape aku kesah kan? aku nak kata gak..

Wahai sorang hamba Allah yang aku sendiri geli nak sebut nama hang kat sini.. PERANGAI HANG MEMANG TAK ELOK!! Bajet bagus, selalu buat-buat sibuk hal orang lain a.k.a BUSYBODY dan macam² lagi.

Aku tau, Allah benci hambaNya yang memutuskan silaturrahim dan membenci sesama manusia tapi hati dan perasaan ni takleh nak tipu² dah. Kalau ditakdirkan aku membeci kamu wahai perempuan, ingatlah.. itu cuma seketika sebab aku ni pemaaf.. tetapi...dalam kes² tertentu ja, kalau kes berat.. aku takkan maafkan selagi hati aku tak REDHA

Setakat ni ada 2-3 orang yang hati aku belum REDHA seikhlas-ikhlasnya untuk maafkan segala perbuatan diaorang kat aku. SEBABnya... Jenis manusia yang takde keja macam diaorang ni, akan sentiasa mencari kekurangan orang lain..

Hanya ALLAH S.W.T yang tau segalanya...

Wednesday, February 23, 2011

LEMAS

Bukan lemas sebab swimming tapi lemas dengan perangai manusia di sekeliling aku. Diaorang bajet diaorang perfect, sebab tu asyik nampak kurang orang lain. Itu salah, ini tak kena, walhal dia pun sama.Sibuk sangat pasal orang, sengaja nak cari salah orang salah sendiri tak nampak. Aku ni malas nak bersuara sebab aku bukan jenis boleh marah sesuka hati dekat orang yang tak kenal aku sangat.. aku takut ada yang putus silaturrahim terus kot lepas tu. Aku ni kalau dah marah kalah gunung berapi tu..jenis makan dalam macam aku ni, memang susah nak control kalau marah.

Selama ni apa yang diaorang buat, kena ke tak kena, aku tak pernah bersuara, tak pernah nak tarik muka, tak pernah nak ambik tau.. lantaklahh sebab masing² dah besar, ada otak dan leh berpikir sendiri. Dah banyak hari pendam, hari ni dah tak tahan dah sebab diaorang buat hal lagi.. semoga Tuhan tabahkan hati aku untuk menempuh hari² yang mendatang dengan di kelilingi manusia² yang macam ni.. Aminnnn

Monday, February 21, 2011

SHARE RECIPE - BINGKA ROTI BERJAGUNG

Dah lama buat ni. Last year maybe.. sedap sangat. Kombinasi jagung dengan roti yang memang sepadan. Rugi kalau tak cuba.



BAHAN-BAHANNYA:

3 biji telur
150 g gula kastor
100 g mentega, dicairkan
1/2 camca teh garam
300 g roti - i used gardenia
200 g tepung gandum
1 liter santan - i used 500 ml santan + 500 ml susu cair
200 g jangung krim dalam tin

METHOD :

Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....

TQ to Kak Rin for sharing this recipe :)