Thursday, April 24, 2014

Cotton Satin Cantik Niii

Segalanya cotton.. jom shopping!

 Cotton Satin
3.5 meter Bidang 60
Cotton kaki
Free postage Semenanjung Malaysia
Grab now!
















 HAPPY SHOPPING :)

Cotton Vietnam Cantik.. Berbaloi-baloi

Assalamulaikum & Selamat pagi.. dikesempatan ini, dekat-dekat nak raya *walaupun belum start puasa* saya ada beberapa helai cotton yang cantik untuk dijual. Harga sangat berpatutan. Boleh sms/whatsapp/wechat di no ni yer.. 010-3819274. Happy shopping ya :)

English Cotton
3.5meter, bidang 60
Harga termasuk postage ya :)
kod kain ada di gambar..









 HAPPY SHOPPING


Friday, April 18, 2014

Chocolate Moist Cake~All Time Favourite

Assalamualaikum & Selamat pagi semua rakan-harap. Mudah-mudahan sihat semuanya. Di pagi Jumaat ni, indah jer sebab mendung kat sini, rasa macam ada rintik hujan sikit *ke air pakcik cleaner siram pokok?* ahh takpelah.. kalau hujan lagi bagus. Sejuk skit.

Harini saya tak de apa nak cerita sangat, cuma nak tunjuk rupa kek coklat yang saya buat *tapi dah lupa bila* untuk seorang kawan dari Kuala Lumpur yang datang atas urusan kerja di sini. Kek coklat memang menjadi kegilaan tak kira tua atau muda. Tapi ada juga sebilangan kecil yang tak gemar kek ni. Kenapa erk? padahal sedap sangat. Memang tidak dinafikan, kek coklat berada di ranking pertama dalam senarai order selain kek2 lain..*hebat*


Saya guna resipi yang selalu saya guna. Resipi dari baking class yang saya hadiri tak lama dulu. Rindu nak pegi lagi.. Kek simple saja. Cuma saya tambah pagar2 coklat kat tepi kek tu.. Nak buat pagar tu, senang ja. Double boil coklat sampai cair, lukis2 atas kertas minyak *aku taktau bahasa baking panggil apa kertas tu* kertas putih yang guna alas kek tu laa... pastu simpan dalam peti ais jap sampai keras.. tarik pelan2 coklat tu, SIAP! Senang kan??


 Boleh order juge kalau nak.. ngeeee ;)

Thursday, April 17, 2014

Macaroni Bakar Banjir Cheese~

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua. Dah breakfast? saya dah. Ok.. hari ni saya nak share resipi baked macaroni yang saya selalu buat. Respi dari Diana. Sedap sangat.. Part banjir cheese tu saya tambah sebab semua boboi kat rumah suka makan makanan yang bercheese.. but, semua cheese mesti EXTRA!

Baked Macaroni Banjir Cheese yang takde rupa, tapi rasa meleTOP..



Bahan
1 packet macaroni  (500g)

Sos Pasta
500g daging cincang (sy guna Ramly)
1 Botol prego traditional pasta sauce
1 tin cendawan butang dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih di cincang
7 tangkai cili padi - Tak letak
air secukupnya
minyak untuk tumis
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Sos Cheese
250g keju cheddar - parut
600ml susu segar
3sb butter
4sb tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Topping
200g mozarella cheese di parut- saya letak lebih + parutan cheddar cheese juge sampai banjir :)

Cara-caranya
1. Rebus macaroni sampai lembut (masukkan minyak skit)

Sos Pasta
1) Panaskan kuali, tumis bawang putih samapi naik bau, masukkan cili padi dan juga bawang besar tumis sampai naik bau..

2) Masukkan daging cincang, bila dah bertukar warna masukkan pula cendawan butang

3) Masukkan prego traditional pasta sauce.Tambah air mengikut pekat yang dikehendaki.
 
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Sos Cheese
 1) Panaskan periuk, masukkan mentega gunakan api sederhana kecil. Bila mentega dah cair, masukkan tepung gunakan whisk kacau sampai sebati. Kacau selalu ye tak nak bagi tepung hangus

2) Dah sebati, masukkan susu segar sedikit demi sedikit, teruskan kacau bagi sebati, bila tepung dah tak berketul-ketul masukkan pulak lebihan susu segar kacau lagi. (Boleh tambah air kalau taknak sos tu pekat sangat)

3) Bila dah mendidih, masukkan keju cheddar yang telah diparut, masak sehingga larut. Masukkan serbuk lada hitam. Masak sehingga mendidih.

Last
1) Gaul sos pasta dengan macaroni yang telah direbus, sendukkan macaroni kedalam loyang , kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya, kemudian tabur mozarella cheese yang dah di parut.

2) Masukkan kedalam oven, dan bakar pada suhu 180'c sehinga kekuningan..

DONE!

SELAMAT MENCUBA :)

 

Wednesday, April 16, 2014

Pap Smear Test

Assalamualaikum all. Hari ni nak share skit pasal pap smear test ni. Majoriti wanita zaman sekarang lebih banyak pengetahuan kalau nak dibandingkan zaman mak2 kita dulu. Ujian pap smear ni penting ya kawan2 semua. kalau boleh, pergi la buat sebab kita tak tahu apa masalah yang berlaku dalam rahim kita. Saya ni anak dah 3 orang, tak pernah buat pun walau sekali. Tapi baru2 ni, bawa baby pegi check-up, kena berleter teruk dengan misi kenapa tak pernah buat pap smear.. *yawn* dia suruh buat hari tu juge.

Ok. Memandangkan husband dah bising, *mcm la test tu untuk diri dia* suruh buat jugak2 sebab misi kata sekejap ja, tak sakit pun, so buatlah. Eh.. memang sat ja pon. Tak sakit pon. *Yang akan menyakitkan adalah penantian*.. result test ni paling awal keluar adalah dalam masa 2 minggu.

Misi dah pesan, kuar je result, kalau ada masalah, diaorang akan kejar kita sampai dapat *call la tu* sebab penyakit berkaitan serviks ni ada ubat yer puan-puan. Daripada benda parasit tu akan makan diri kita sendiri, silalah buang masa kejap untuk pegi buat test ni. Tak rugi pun. Lagipun FOC ja kalau buat dekat Government punya klinik.

Now, saya share skit info pasal pap smear yang saya copy dari http://myservik.gov.my... baca ya. Banyak info sebenarnya..

  PAP SMEAR
  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Terima kasih semua kerana sudi luangkan masa membaca sampai habis.. ngee :)

Tuesday, April 15, 2014

Cadbury Chocolate Cake

Assalamualaikum all. Apa khabar? Semoga sihat semuanya. di pagi Selasa yang mulia ni *tetiba* ingin saya kongsikan nak kata resipi bukan resipi, tapi lebih kepada bahan yang digunakan dalam menghasilkan kek coklat seperti tajuk kat atas.. Ewahhh

Keluarga saya adalah penggemar kek coklat *apsal baku sangat bahse kau harini Jah?* So, dalam mempelbagaikan rasa, saya dah ubah sikit resipi kek coklat yang saya selalu guna tu dengan bahan-bahan yang saya rasa boleh menambah kesedapan kek yang saya buat.

Walaupun saya bukanlah chef yang hebat, amik order pun kek yang deco biasa-biasa ja, takde nak fondant bagai, as simple as i can macam chocolate cake, curah ganache pastu tabur strawberry banyak-banyak. Senang keja. Makan sampai menjilat siku jugak..

 Rupa kek yang dimaksudkan


Boleh guna mana-mana resipi kek coklat, bezanya, saya gantikan serbuk koko dengan serbuk coklat cadbury (ini ada jual kat supermarket) dan ganache pun guna coklat cadbury jugak.. panaskan whipping cream, masuk coklat cadbury yang kecik-kecik tu, kacau sampai coklat cair, biar sejuk sat, curah ler atas kek.

Seriously, hasil yang sedap gila. penuh rasa coklat, kesimpulan memang terbaikkkk.

Cubalah... :) 
 

Monday, April 14, 2014

Weekend

Gud Morning everyone.. Awal update blog hari ni. Saja takut tak sempat sebab ada taklimat ISO. Tengok ke jadual sampai petang aturcara. *yawn* dah menjangkau usia 3series, rasa macam letih ja otak nak melayan taklimat2 ni.

Oklah, just nak share masak-masak sabtu lepas. Asam pedas ayam, Kangkung goreng belacan dan telur dadar. Sedap oihhh.. kena plak dengan nasi panas berasap..


Perancangan awal lepas lunch tu nak keluar. Bawak boboi2 pegi lepak tepi pantai. Tapi cancel semua sebab si Iman dan adik tu flu pulak, risau takut demam. Cuaca tak menentu sekarang ni, lagipun tengahari tu mendung ja. Takpe, lain kali. Petang tu ada jugak buat bebola keledek ungu. Ada cerita pasal keledek ungu ni.. huhu, nanti2 kita sambung k..

:)

Friday, April 11, 2014

Musim Buah Mangga

Bila musim buah-buahan, otak terus teringat kampung halaman.. walaupun rumah dalam bandar, takde sungai, takde dusun.. sekeliling rumah yang luas tu Abah guna untuk bercucuk tanam. Kebun kecik belakang rumah macam-macam sayur yang ditanamnya.. ada kangkung, cili padi, cili merah, peria, timun.. pokok ulam-ulaman pun banyak.

Tapi otak aku tetap teringat buah mangga yang lazat hasil ringan tangan Abah. Pokok mangga terutamanya.. hampir semua jenis ada. Dari harum manis, cokanan, mangga telur (ngeee.. taktau tempat lain panggil apa), mangga india yang bulat tu, mangga lonjong, gemuk semua ada lah. Baru-baru ni balik kampung, sempat merasa mangga harum manis yang Abah tanam tepi rumah. Boleh petik ikut tingkap bilik saja.. buah pertama lah kiranya selepas beberapa tahun ditanam. Hmmmm dia punya rasa, manis ya rabbi.. sedap gila. Sempat makan 2 biji *dan rasa macam tak cukup* tapi redho sebab tu ja yang ada. Yang lain masih belum boleh dipetik sebab muda lagi.

Walaupun takde pic harum manis, tetap me nak share pic mangga cokanan yang manis dan sedap gila ni. Abah tanam 4 pokok di belakang rumah. Sekali berbuah memang banyak buah dari daun. Kalau jual sekilo RM8 kalau tak salah. *Owhhh.. pokok rambutan dengan mata kucing pun ada. Belum pernah berbuah lagi*.

 Mangga Cokanan kebun Abah

 

Ini.. 1 baldi mangga telur, buah last

Ok.rasa ailio dan menitik-nitik dah.. sebelum tempat ni banjir, lebih baik me cabot dulu. Jika ada kerajinan, me akan upload pic pokok-pokok mangga pulak.. *dah macam blog rasmi mardi pulak* . Ok bye

Thursday, April 10, 2014

Nasi Goreng Tomyam Kasih Sayang

Assalam..


Hamboihh aih.. setahun tak update blog. Tetiba teringat nak update.. tapi sebagai mukadimah, me letak pic makanan dulu la sebab makanan menggamit readers dan silent readers untuk bw ke sini. haha.. 
Ini cerita nasi goreng yang hubby masak. Rasa macam dah tak lalu nak makan masakan sendiri. Sekali sekala makan masakan dari air tangan orang tersayang, yang simple pun jadi sedap.. eh.. memang sedap kot. Me tambah 2 kali!!


Rupa nasi goreng yang lazat tahap maksima.. ke me yang lapar?? apa pon bolehh. Tq hubby sayang.. awak buat saya makin gemok. *Esok boleh masak lagi tak?* hihihi

Jumpa lagi esok naa..

Sunday, December 16, 2012

Homemade Popcorn

Dah lama buat ni. Sedap. Resipi  dari Sofinar@myresipi. Tq kerana sudi share resipi ni.. :)

Homemade Popcorn

Bahan :

1/2 cawan jagung kering
2 sudu besar margerine (saya guna butter)
2 sudu makan gula 

Method :
masak jagung kering dengan api kecil, tutup periuk.
dalam masa tak sampai 5 minit anda akan dengar bunyi pop pop pop pop pop......., tunggu hingga pop corn semua pecah, ada la sikit2 yang tak pecah.
masak gula dalam periuk lain, bila gula cair masukkan pula butter, bila butter cair masukkan popcorn dan gaul rata.
Siap!

Saya guna jagung kering cap tesco yang macam kat bawah ni.

** nak guna brand lain pun xpe. Whatever u like :)


Saturday, December 15, 2012

Mee Bandung Udang

Versi campak². Ikut resipi mee bandung mak, tapi kali ni guna udang. Selalu guna daging or ayam. Jarang guna seafood untuk mee bandung. Tapi time ni stok udang banyak lak kat umah, so.. guna jer. Seedappp.

yang ni pinggan hubby. dia mmg tak berapa gemar makan mee @ laksa dengan telur rebus. Dia lebih suka telur goreng. As wife, ikut jer.. :)

yang kat bawah ni kuah mee bandung.. :)

Kepada yang nak bertanya resipi, biar saya jawab siap² yer.. ini resipi basic mee bandung ajer. Masak ikut sedap anak tekak jer. Memang takde resipi nak share. Kang main agak², kawan² cuba nanti tak menjadi atau tak sedap pulak. Tak sampai hati :)

Friday, December 14, 2012

Laksam jer

Salam Jumaat. Hari ni rehat lama dari biasa 1215 - 1245. Tak kuar memana pun harini sebab kat sini takde ape yang best pun. Shopping mall paling dekat pun ada di Seberang Jaya nun. Tadi dah pesan dkt hubby suruh dia belikan laksam on the way dia nak gi keja tadi. Laksam sedap di kiosk Bertam. Soooo...

Lunch laksam jer harini.. Yummyyy :)

*Kawan² makan ape tengahari ni?

Thursday, December 13, 2012

Muffin Coklat Simple

Salam Khamis. 131212. Cantik  lagi date semalam. :)

Harini nak kongsi resipi lagi. Masih berasaskan coklat. Saya ni bukan tak boleh baking benda lain, boleh sangat² tapi memandangkan orang² dalam rumah ni tak layan kek dan cupcake yang takde coklat, so kena la ikut tekak diaorg juga. Kalau tak, jenuh saya sorang nak abihkan semua.

Muffin ni ikut resipi kak yani. Memang simple but sedap. Nak buat pun senang sangat². Adik² yang baru nak belajar baking pun boleh cuba buat. Tak guna mixer pun. Just kacau2, daa siap. 

Untuk resipi ni saya tambah chocolate chips sebagai hiasan. Yummss!


Bahan :
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Method :

Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.  
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang). 
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.  
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit. 
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula. 

Macihh kak yani for da best recipe. Dah banyak kali buat.Kawan² jangan lupa cuba yer. :)

Tuesday, December 11, 2012

Chocolate Cake Recipe 

Hari ni saya nak share recipe choholate cake yang saya guna untuk buat kek yang macam pic kat bawah ni. Senang jer. Tq to puan empunya recipe, Cida De Nuanza. Sedap sangat. Moist. Boleh bakar atau kukus. Whatever u like :)
 
Chocolate Cake

Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh baking soda

(Satukan semua bahan A dan ketepikan)

Bahan B :

1 cawan minyak masak - saya guna minyak jagung
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A

(Satukan semua bahan B)

Method :

Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
Gaul sebati hingga hilang ketul²
Tapis.
Tuang adunan dalam loyang saiz 7/8 inci.
(Loyang disapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis atau guna kertas minyak)
Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak.
Boleh juga dikukus.

 Tadaaa.. dah siap. Hiasan terpulang pada selera masing².

Monday, December 10, 2012

Kisah Penjual Durian Crepe yang Penipu

Sedih bila terkenangkan cerita adik yang order durian crepe dengan salah seorang baker di utara baru² ni. Sedih bukan kerana tak dapat merasa crepe tu, tapi sedih sebab adik saya ditipu. Tak perlu nak publish sape orang tu sebab dia masih baru dalam bisnes ni. Mungkin kerana nak untung lebih dan crepe durian teramat popular sekarang ni, dia pun decide untuk berbisnes.

Nak berbisnes tak salah. Tapi kalau dah sampai tahap menipu customer, aku sendiri takleh nak terima sebab aku pun ada bisnes sendiri sendiri. Dah la kau jual benda makan, pastu kau tipu plak. Berkat ke rezeki tu? Lepas adik cerita yang dia kena, aku mintak link FB penjual crepe ni, adik pun bagi lah. Sah.. memang dia baru. Tapi yang bestnya.. setiap status yang dia up apsal crepe, semua yang hebat² sahaja. Crepe laris sampai letih nak membuat. Takpe. Aku dah pesan dekat adik, simpan crepe tu kat aku, aku nak rasa dan tengok apa yang tak kena.

Puiiii... memang nak muntah! Serius aku cakap. Aku dah banyak kali makan durian crepe ni. Tapi tak pernah terfikir macam tu punya crepe pun ada. Kulit.. tebal dari ketayap. Rasa tepung semata-mata! Filling, cream apa dia guna aku tak pasti. Rasa melekit-lekit, gabungan susu tepung dan cream pun ada. Isi durian ntah dimana. Puas cari, puas korek tapi tak jumpa. Dia jual 5 biji RM10. Adik², mak dan kawan mak, makan 1 suap je terus buang. Hmmm.... aku tak nak peduli apa bahan dia guna untuk buat crepe dia tu. TAPI aku peduli sebab dia tak jujur. Kalau nak kaut untung sekalipun, perlu ke menipu sampai tahap ni?

Hurrmmmmmmm... nak taip lebih² pun tak guna sebab aku pasti penjual tu tak baca pun blog aku. Tujuan aku tulis ni adalah untuk kongsi dengan rakan² lain pengalaman aku pasal durian crepe ni. Tapi kena ingat jugak, bukan semua penjual macam si penipu ni. Mungkin dia ni 1 dalam 1000 kot.

k la. nak sambung keje. nanti sambung citer lain plak. Dah setahun rupanya tak apdet apa² kat blog ni. Baru hari ni mood rajin datang .. :)

Friday, October 14, 2011

CHOCOLATE MOIST CAKE... AGAIN~

Takkan pernah jemu dengan chocolate cake.Series. Kek ni pun saya buat lama dah. Bukan untuk perut sendiri yer. Buat ni waktu cousin bertunang 2 bulan lepas. Saja buat untuk makan-makan. Terhangat di pasaran. Resipi amik kat umah Kak Hana Jepon. Malas nak copy paste. Sesapa nak leh pergi kat umah Kak Hana yer.

Owhhhh...



Deco simple-simple jer..



Choc Cake memang sedap. Memang tak jemu untuk dihidang tak kira masa. Pada pendapat saya, resipi choc cake, pada asas bahannya, sama jer... yang buat kek tu nampak sedap dan bertambah sedap untuk dijamah adalah topping ganace dan hiasan yang penuh coklat tu.. Owhhhhh nikmat

* Dalam esbox ada cream cheese & blueberry filling... Baking lagi nampaknya weekend ni.. Hiks Hiks*




Thursday, October 13, 2011

KANGKUNG GORENG BELACAN

Sedap! walaupun simple, rasa tetap A+. Dah tak ingat bila masak kangkung ni, bahan-bahan cukup simple.. cili merah, cili padi, bawang merah dan belacan yang ditumbuk kasar. Bezanya saya letak isi ayam sebagai pengganti udang atau sotong.

Tak payah resipi kot sebab semua orang tau masak lauk ni.. hehe.



Yummeh..

Monday, May 16, 2011

Chocolate Moist Cake

Selamat Petang semua. Saya bercuti harini, sebab tu ada masa untuk update blog yang selalu saya tinggalkan ni.. hehehe. Cake ni saya buat sempena makan2 dekat office aritu. Alhamdullillahh.. licinn!



Hasil ... saya tak pandai sangat nak deco cake macam orang lain. Setakat curah ganache, letak fruits, letak choc.. pandailahhh.. hahaha


Nampaknya.. ini saja untuk hari ni. Nanti saya update lagi. Bye2

Thursday, May 5, 2011

SHARE RECIPE - Chili Crab

Fuhhh.. dah bersawang rupanya..hehehe. Tak pernah lupa pun dekat blog ni, cuma x banyak masa nak update. Maaflah kepada kawan2 yang sudi singgah, tapi asyik baca cerita yang sama jer :). Ok.. malam ni just nak share recipe ketam bercili. Dah lama pun masak ketam ni. Selamat menjamu mata..






Bahan-Bahan:-

6 ekor ketam - potong 2, cuci, gaul dgn corn flour dan garam skit. Goreng separuh masak
2 biji telur
4 ulas bawang putih - dicincang
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Method:-
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau dan masukkan cili kisar.
tambah sedikit air, biar kejap sampai agak kering.
masuk semua sos yang ada. kalau suka kering, x yah tambah air.
masuk perasa (kalau xnak pun xpe sebab sos tu dah cukup rasa) dan ketam. gaul kejap then masukkan telur. biar telur tu masak sket baru kacau supaya telur tu berketul2 dan tak terlalu hancur.
bila telur masak dan semua bahan dah sebati, tutup api dan siap untuk dihidang.